Selamat Datang di Portal Pendidikan

Pertandingan Sudut EKSA

EKSA adalah penambah-baikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;;
  2. meningkatkan imej korporat;
  3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan;
  5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.

Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Oleh itu pihak BTPN Selangor telah melancarkan dua pertandingan untuk semua staff kerja iaitu :

  1. Logo EKSA (yang telah dimenangi oleh En. Muhammad Azam Bin Muhamed Nasir)
  2. Sudut EKSA (masih terbuka)

LOGO EKSA LOGO EKSA PNG

Skema LOGO EKSA

Slogan

Pertandingan Sudut EKSA

Audit 2

Poster Pertandingan Sudut EKSA

Share this post :

PORTAL RASMI KERAJAAN

Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Pejabat Perdana Menteri MalaysiaPortal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPortal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber ManusiaPortal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan MalaysiaPortal Rasmi Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara MalaysiaLaman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaLaman Web Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiaMSC, MalaysiaPDRM

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. SK Batu 38 - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger