Selamat Datang di Portal Pendidikan

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM TAHUN 2018




RANCANGAN KOKURIKULUM SK BATU 38

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

MATLAMAT

  1. Menyeimbangi perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan murid.
  3. Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerko yang diceburi.
  4. Mengukuh  dan  mengayakan  perkara  yang  dipelajari  dalam   bilik   darjah   serta memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid dalam bidang tertentu.
  5. Mengisi masa lapang murid dengan kegiatan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri. 
  6. Mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik, gembira dan menceriakan.
  7. Mempertingkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikappositif, selaras dengan hasrat Rukun Negara.
  8. Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.


OBJEKTIF


  1. Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dalam gerak kerja kokurikulum boleh bersaing dengan melengkapi proses pendidikan.
  2. Mempelbagaikan gerak kerja dengan tujuan memberi peluang yang seluas-luasnya kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif sama ada secara individu, kumpulan atau beramai-ramai. 
  3. Mengukuhkan perpaduan di kalangan murid. 
  4. Melibatkan murid dengan pihak sekolah dalam khidmat masyarakat. 
  5. Memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada murid bagi membantu mereka memperkayakan daya kreativiti, kefahaman, semangat setiakawan, kemasyarakatan, sosial dan mempraktikkan segala ilmu yang telah didapati.
  6. Mendidik murid yang berpandangan luas, cergas, yakin diri dan mudah menyesuaikan diri mengikut keadaan. 
  7. Menambah pengetahuan murid tentang alam semula jadi. 
  8. Melatih murid supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran atau rintangan dengan tabah. 
  9. Menambah, mengukuh, membantu dan melengkapkan pelaksanaan projek-projek kurikulum di samping melahirkan insan yang berjiwa besar di dalam sebuah masyarakat yang aman dan berdisiplin. 


SASARAN


  1. Setiap murid dapat menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan dengan aktif sama ada yang berbentuk praktikal mahupun teori bagi mendapat pengalaman untuk dijadikan penghayatan bagi bekalan di masa akan datang.
  2. Setiap murid yang mempunyai potensi, minat dan bakat serta kecenderungan tertentu, boleh dimajukan ke arah kecemerlangan yang optimum dengan hasil pendekatan usaha dan kaedah yang saintifik dan sistematik.
  3. Setiap murid dapat memupuk semangat kerjasama, bantu-membantu, bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan berketrampilan.
  4. Setiap murid dapat menggunakan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  5. Suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dapat dipertingkatkan   
  6.  dari semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan.


PENGECUALIAN

1. Murid-murid seperti berikut boleh dikecualikan daripada gerakerja kokurikulum:

1.1 Kes-kes perubatan murid yang telah disahkan oleh doktor seperti mengidap        penyakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri 
                        jika mereka mengambil bahagian.
1.2 Kecacatan murid  yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum tetapi sekiranya kecacatan tidak menjadi penghalang, murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam gerak kerja yang sesuai dengan mereka.

 JENIS GERAK KERJA KOKURIKULUM

Terdapat 3 jenis gerak kerja kokurikulum di sekolah iaitu:

Pasukan Badan Beruniform

  • Pengakap Kanak-Kanak
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah
  • Tunas Puteri
  • Puteri Islam


Kelab dan Persatuan

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Sains dan Matematik
  • Persatuan Agama Islam
  • Kelab Doktor Muda
  • Kelab Keselamatan Jalan raya
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Kebudayaan 


Sukan dan Permainan

  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • Olahraga
  • Catur


Share this post :

PORTAL RASMI KERAJAAN

Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Pejabat Perdana Menteri MalaysiaPortal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPortal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber ManusiaPortal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan MalaysiaPortal Rasmi Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara MalaysiaLaman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaLaman Web Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiaMSC, MalaysiaPDRM

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. SK Batu 38 - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger