Bahawasanya kami warga SK Batu 38, Sesungguhnya
sentiasa dengan penuh komitmen dan tulus hati untuk memberi layanan yang baik
dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti berikut:-
1. Murid
1.1 Setiap murid akan mendapat tempat apabila
mendaftar di SK Batu 38.
1.2 Semua murid akan dididik untuk menjadi murid
yang berdaya saing, berpekerti mulia
serta
cemerlang dalam akademik dan bukan akademik.
1.3 Semua aduan murid akan diambil tindakan
serta merta.
1.4 Semua murid akan dilayan dengan mesra.
2. Staf
2.1 Staf yang baru melapor diri akan mendapat
bayaran gaji tidak lewat 3 bulan.
2.2 Memastikan kebajikan staf sentiasa diberi
keutamaan.
2.3 Semua staf diberi peluang dan galakan
menambah ilmu pengetahuan sejajar dengan
konsep
Belajar Sepanjang Hayat.
3. Ibu bapa/Penjaga
3.1 kami sentiasa memberi layanan yang cekap,
cepat dan tepat:
3.1.1 Masalah pelajar
3.1.2 Aduan
3.1.3 Pertukaran masuk dan keluar murid
3.1.4 Murid sakit yang memerlukan rawatan
4. Stakeholders (PPD/JPN/KPM)
4.1 Sentiasa member kerjasama kepada PPD, JPN,
dan KPM.
4.2 Sentiasa berusaha menyampaikan maklumat dan
data yang terkini dengan tepat dan
betul.
4.3 Segala surat-menyurat akan dijawab dengan
segera.