1. Pengurusan kurikulum yang cekap yang menyumbang kearah kecemerlangan sekolah, guru dan murid.
2. Melahirkan murid cemerlang akademik dan sahsiah.
OBJEKTIF
1. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang:
a. Berilmu pengetahuan
b. Berakhlak mulia
c. Bertanggung jawab
d. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
e. Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
f. Menguasai aspek 4M dengan sepenuhnya.
2. Merealisasikan matlamat kurikulum kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir berkomunikasi, dan bekerja berpasukan.
3. Membentuk pasukan kerja yang mempunyai tugas yang sistematik dan berkesan.
4. Mempertingkatkan prestasi akademik bagi semua matapelajaran bagi tahap 1 dan II diakhir tahun kepada 90%.
5. Meningkatkan kualiti pelaksanaan dan pencapaian PBS untuk setiap tahun dalam kedua-dua tahap.
6. Meningkatkan peratus kelulusan UPSR kepada yang lebih baik dari sebelumnya.
7. Meningkatkan peratusan murid mendapat A, B dan C seterusnya lulus semua mata pelajaran dalam UPSR.
8. Bekerjasama dengan ibu bapa dan penjaga murid, komuniti setempat dan sektor awam dan swasta untuk tujuan kecemerlangan sekolah dan murid.
Kata-kata oleh Ulama Ibni Abdul Barri:
‘ Pelajarilah ilmu, kerana kita akan takut kepada Allah, menuntutnya sebagai ibadat, mencarinya adalah jihad, mengajarkan kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan dengan menguasai ilmu Allah mengangkat martabat sesuatu kaum dan para malaikat sentiasa mengusapkan mereka dengan sayapnya.’