Selamat Datang di Portal Pendidikan

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Batu 38 pada peringkat awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Batu 38 dan bertukar kepada Sekolah Umum Batu 38. Pertukaran nama kepada Sekolah Kebangsaan Batu 38 adalah mematuhi arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bangunan asalnya didirikan pada tahun 1948 hasil daripada semangat gotong-royong masyarakat Kampung Batu 38. Ianya merupakan bangunan yang bertiangkan kayu laut, beratapkan daun nipah, tiada berdinding dan berlantaikan tanah. Meja dan kerusi diperbuat daripada kayu laut.

Pada 6hb. Mei 1955, sebuah bangunan sekolah yng diperbuat daripada batu telah didirikan di atas sebidang tanah. Ia siap dibina pada 15hb. November 1955 yang mengandungi 8 buah bilik darjah dinamakan sebagai Blok A. sebuah rumah Guru Besar juga dibina pada tahun yang sama. Dengan pertambahan murid yang ramai, sesi persekolahan waktu pagi telah dijadikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Ini berlaku kerana pertambahan bilangan murid.

Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan pembinaan sebuah kantik baru pada tahun 1968 bagi menggantikan kantin lama yang dibina oleh masyarakat setempat pada tahun 1956.

Bagunan tambahan Blok B, 2 tingkat telah dibina pada 16hb. Januari 1972 yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah stor dan tandas moden. Bangunan ini mula digunakan pada 16hb. April 1973; dengan ini sesi persekolahan pagi dan petang dimansuhkan.

Kesan dari pertambahan bilangan murid dan kemajuan system pendidikan Negara, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah membina bangunan-bangunan  tambahan seperti yang dicatatkan seperti berikut:-

i. Bangunan Blok C

Bangunan 2 tingkat yang dibina pada tahun 1982


ii. Bangunan Blok D

Bangunan 2 tingkat yang dibina pada tahun 1999


iii. Bangunan Blok E

Makmal Komputer yang dibina tahun 2002


iv. Bangunan Blok F

Bangunan 1 tingkat yang dibina tahun 2002 mengandungi dua bilik darjah dan dua bilik Pra Sekolah (ubah suai binaan 2006)


v. Bangunan Blok G

Bangunan Pra Sekolah 3 dibina pada tahun 2007 dan digunakan mulai 2008


vi. Bangunan Blok H – Tahun 2010

Bangunan kabin setingkat mengandungi dua bilik darjah binaan tahun 2010 dan digunakan mulai awal tahun 2011

Share this post :

PORTAL RASMI KERAJAAN

Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Pejabat Perdana Menteri MalaysiaPortal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPortal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber ManusiaPortal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan MalaysiaPortal Rasmi Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara MalaysiaLaman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaLaman Web Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiaMSC, MalaysiaPDRM

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. SK Batu 38 - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger