PENDAFTARAN PERTANDINGAN ‘NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016’ KINI DIBUKA, 7 MAC – 17 APRIL 2016
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam 1Malaysia.
Y.Bhg Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato ‘ / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan National Science Challenge 2016 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) dan ExxonMobil Subsidiaries in Malaysia akan kembali pada tahun ini. Pertandingan ini akan bermula dengan Peringkat Saringan (Preliminary Level) pada 18 April 2016 secara atas talian, dan peringkat Separuh Akhir (Semi Final) dan Akhir (Grand Final) akan diadakan pada tarikh yang bakal diumumkan.
3. National Science Challenge merupakan pertandingan kuiz sains kebangsaan yang disertai oleh pelajar tingkatan empat dari seluruh Malaysia. Penyertaan adalah dalam bentuk kumpulan merangkumi tiga (3) orang pelajar tingkatan empat dan seorang guru mentor, di mana setiap kumpulan akan bermula dengan kuiz atas talian pada peringkat Preliminary Level, dan kemudian pada peringkat Semi Final dan akhirnya Grand Final akan menemukan empat pasukat terbaik seluruh pertandingan.
4. Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pertandingan National Science Challenge 2016 kini dibuka dari 7 Mac – 17 April 2016. Justeru, kami memohon kerjasama pihak Y.Bhg Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato ‘ / Dr. / Tuan / Puan untuk membantu menyiarkan hebahan mengenai pertandingan ini kepada Jabatan / Agensi di bawah Kementerian melalui e-mel, dan juga muat naik di media sosial. Disertakan bersama ini poster pengumuman pembukaan pertandingan untuk dipanjangkan dan dimuat naik di media sosial.
5. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini, dan juga untuk mendaftarkan pasukan, sila layari laman web www.nsc.my
Kerjasama dari pihak Y.Bhg Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato ‘ / Dr. / Tuan / Puan amat kami hargai dan dahului dengan terima kasih.
Sekian.
Best Regards,
Shahridzal Aizat
Executive – Science Communication & Corporate Relations
Email: aizat@akademisains.gov.my
Website: http://ift.tt/1Awir04