Selamat Datang di Portal Pendidikan

Pelancaran Hari Nilam 1Selangor (HaN1S)

Pada 25 Februari 2016 telah berlangsung pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaN1S) peringkat Negeri Selangor. Pelancaran ini telah berlangsung di SM Sains Banting. HaN1S diadakan adalah bertujuan menyemai penghayatan budaya membaca dan selaras dengan kehendak serta perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor mencadangkan Hari NILAM 1Selangor diadakan pada setiap 25 Februari setiap tahun bermula pada tahun 2016.

MNP_2716 MNP_2725 MNP_2722 MNP_2720 MNP_2707

Melihat kepada statistik data yang dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati penglibatan murid-murid di negeri Selangor kian meningkat dengan statistik pada akhir 2015 menunjukkan penglibatan pelajar sekolah rendah dalam Program NILAM ialah 92.91%, pada Tahap Jauhari ialah 34.83% berbanding 92.43% penglibatan murid dan pada tahap jauhari 32.31% pada tahun 2014. Manakala, bagi sekolah menengah pula, jumlah pelajar yang menyertai program NILAM 90.06% dan di Tahap Jauhari ialah 16.13% pada tahun 2015 berbanding dengan penglibatan murid 85.46% dan 14.18%pada pada tahap jauhari ditahun 2015. Berdasarkan data yang dikumpul pada tahun 2014, purata kadar pembacaan murid negeri Selangor adalah 28 buah buku setahun bagi sekolah rendah dan 13 buah buku setahun bagi sekolah menengah.

Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam program ini giat dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri, serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan, Resensi buku dan Pameran buku. Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Namun begitu asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini sebenarnya haruslah bermula di sekolah.

Pelancaran HaN1S ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj A. Rahman bin Hj Ngit, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selaku wakil Pengarah JPN Selangor. Di dalam ucapan Tuan Hj A. Rahman, bleiau menyatakan JPN Selangor bersama BTPN Selangor telah memutuskan supaya diadakan pelancaran Hari Nilam 1Selangor di peringkat sekolah pada 26 Februari setiap tahun bermula tahun 2016.

Share this post :

PORTAL RASMI KERAJAAN

Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Pejabat Perdana Menteri MalaysiaPortal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPortal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber ManusiaPortal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan MalaysiaPortal Rasmi Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara MalaysiaLaman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaLaman Web Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiaMSC, MalaysiaPDRM
Index »

Berita KPM

Index »

Pekeliling

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. SK Batu 38 - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger