Oleh : Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Selangor
ubest@btpnsel.edu.my
SELANGOR
SHAH ALAM – Seramai 36 orang Juruteknik Pusat Kegiatan Guru (PKG) negeri Selangor telah menghadiri Bengkel Penyelarasan Tugas Juruteknik Komputer dan Etika Kerja selama tiga hari dua malam yang telah diadakan di Bilik Semarak, BTPN Selangor.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Latihan kerana memperuntukan dana untuk menjayakan bengkel ini dan juga kepada para penceramah, antaranya En. Lazim bin Bangi, En. Mohd Azam bin Mohamed Nasir, En. Muhammad Hanif bin Harun, En. Munir bin Md Yaub serta Ketua Unit Pembestarian Sekolah iaitu En. Yusnaidi bin Mat Riffin yang memberikan ilmu berkaitan dengan CyberSafe.
Bengkel yang bermula pada 23 hingga 25 Ogos 2016 ini menekankan kepada beberapa skop antaranya kerjasama antara staf, pengurusan diri, kemahiran komputer dan kesedaran Cybersafe. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini para Juruteknik Komputer PKG dapat melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan dengan lebih berkesan. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Nik Asma binti Nik Ahmad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor.