Selamat Datang di Portal Pendidikan

Pertandingan Digital Storytelling Animation Peringkat Negeri Selangor

Latar Belakang

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan program Digital Storytelling (DST) Animation bagi peringkat Negeri Selangor. Antara tujuan program ini termasuk memberi pendedahan dan dorongan ke arah peningkatan kecenderungan dalam industri digital animasi yang berlandaskan kurikulum pendidikan Malaysia. Berdasarkan pelaksanaan lalu, program ini telah berjaya mencungkil bakat dan memperkasakan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid seperti kebolehan merancang, menyampai dan mengaplikasi dalam pembinaan bahan animasi digital secara kreatif dan inovatif.

Objektif
Program ini bertujuan menghasilkan murid yang berupaya :

  1. Menggunakan perisian animasi digital.
  2. Menghasilkan satu klip cerita animasi berdurasi 3-5minit.
  3. Mengaplikasi teknik merancang dan menulis papan cerita yang dipelajari.
  4. Menggunakan kemahiran mencari maklumat dan membuat rujukan secara atas talian.
  5. Mengaplikasi kemahiran menghasilkan klip animasi dalam pembelajaran.

Penghasilan

  1. Meningkat minat dalam industri animasi
  2. Menggalakkan penghasilan bahan kreatif menggunakan teknologi melalui kerjasama murid dan guru.
  3. Membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.

Ringkasan Pertandingan

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor sahaja.
  2. Terhad kepada satu (1) penyertaan sahaja mewakili setiap sekolah.
  3. Setiap sekolah diwakili oleh 4 individu sahaja iaitu:
    • 1 orang guru
    • 3 orang murid

Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.

Kategori yang dipertandingkan adalah:
a) Rendah (murid 7 hingga 12 tahun)
b) Menegah (pelajar 13 hingga 17 tahun)

  1. Tema produksi adalah ‘Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa / Values in Proverbs’.
  2. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2016. Pihak BTPN Selangor tidak akan menerima sebarang penyertaan selepas tarikh berkenaan.

Setiap penyertaan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:-

  1. 2 salinan produksi berebentuk DVD-Video
  2. 1 salinan cetakan storyboard asli yang dihasilkan oleh peserta (disahkan)
  3. Borang penyertaan yang lengkap diisi dengan Butiran peserta dan 1 sinopsis (tidak melebihi 100 patah perkataan)

Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai Syarat Pertandingan yang dinyatakan.

Semua peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah membenarkan video animasi mereka ditayangkan dimana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma.

Semua klip anaimasi yang dipertandingkan akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memelihara hakcipta setiap klip animasi yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan produksi atau sebahagian daripada produksi tersebut oleh mana-mana pihak.

Semua salinan klip DVD dan lain-lain tidak akan dikembalikan.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.

Kemenangan peserta akan dibatalkan sekiranya hasil karya tidak asli / diciplak.

Mana-mana peserta yang gagal mematuhi peraturan diatas akan dibatalkan penyertaannya daripada pertandingan dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Penganjur berhak membuat sebarang pindaan dan tambahan peraturan pertandingan dan memaklumkannya kepada peserta dari masa ke semasa.

Borang penyertaan yang siap dilengkapkan hendaklah dihantar kepada:-

URUSETIA DIGITAL STORY TELLING ANIMATION

Unit Media & Inovasi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai meja DST;

En. Mohd Akram bin Mohamed akram@btpnsel.edu.my Tel:03-5548 4476 samb.484 Faks: 03-5548 4480

Note: There is a file embedded within this post, please visit this post to download the file.
Share this post :

PORTAL RASMI KERAJAAN

Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Pejabat Perdana Menteri MalaysiaPortal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPortal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber ManusiaPortal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan MalaysiaPortal Rasmi Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara MalaysiaLaman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaLaman Web Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiaMSC, MalaysiaPDRM

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. SK Batu 38 - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger