Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan tahun 2017 dan 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2016
Pendaftaran murid tahun 1 secara online bagi tahun 2017 dan 2018 tidak lagi menggunakan Aplikasi Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) susulan aplikasi sistem berkenaan telah ditutup sepenuhnya bermula 4 Januari 2016
Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan menggunakan aplikasi sistem yang baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) |
Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual |
Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/ jagaan mereka ke tahun 1 |
BORANG PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 NEGERI SELANGOR DAN PUTRAJAYA SESI 2017 / 2018
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan dengan pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri Selangor dan Putrajaya sesi 2017 dan 2018
Perkara | Butiran Info |
Tarikh Rasmi Sistem Permohonan Dan Pendaftaran Secara Online Dibuka | 1 Mac 2016 (Selasa) |
Laman Aplikasi Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017 / 2018 | Sila KlikAplikasi Sistem Permohonan Online Ke Tahun Satu Bagi Negeri Selangor Dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017/ 2018
Sila dapatkan arahan dan keterangan lanjut menerusi ruangan “Pengumuman Terkini” di laman SPAT atau rujukFAQ
|
Panduan Penggunaan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) | Garis Panduan SPATKPM (PDF) |
Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) | Sila rujuk atau menghubungi
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
|
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya) |
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya. Talian Utama : +603-8890 3070
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
|
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor) |
Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam,Selangor. Talian Utama : +603-55186500
E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my
|
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia | http://moe.gov.my |
Tarikh Tutup Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017 / 2018 | 30 April 2016 |
Info Kelahiran Untuk Tahun Sesi Persekolahan |
Untuk sesi persekolahan tahun 2017 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2010 hingga 01.01.2011 |
Untuk sesi persekolahan tahun 2018 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2011 hingga 01.01.2012 |
Tindakan Ibubapa / Penjaga |
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen yang berkaitan seperti berikut |
1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat (asal + salinan) |
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga (asal + salinan) |
3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan (asal + salinan) |
4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak (Hadhanah /Custody) (asal + salinan) |
5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat (asal + salinan) |
6. Sampul surat bersetem 0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm) |
Masa Dan Tempat Serahan Dokumen |
Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang) |
Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen) |
Info Tambahan |
Bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari 2011 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur ke Tahun 1 |
Borang permohonan boleh di dapati di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 1 Jun 2016. Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2016 |