Program Pendidikan
Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam, Selangor bermula pada
17 Januari 2010 dengan murid seramai 4 orang dan seorang tenaga pengajar. Kelas
ketika itu ditempatkan di sebuah Makmal Sains dan kemudiannya diubah suai
menjadi kelas Pendidikan Khas. Bilangan murid bertambah seramai 7 orang dengan
3 orang tenaga pengajar pada akhir tahu 2010.
Pada bulan September
2012, Penolong Kanan Pendidikan Khas telah ditempatkan. Bilangan murid untuk
tahun 2014 berjumlah 26 orang iaitu 18 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Tiga
orang daripada murid perempuan belajar secara inklusif di kelas perdana. Tenaga
pengajar pada tahun 2014 adalah seramai 12 orang dan dibantu 3 orang pembantu
pengurusan murid. Pada hujung tahun 2014 tiga orang guru dipindahkan secara
setara.
Warga PPKI terdiri
daripada murid bermasalah pembelajaran dan masalah pendengaran. Kategori murid
masalah pembelajaran antaranya:
·
Hyperaktif
·
Hypoaktif
·
Down Syndrome
·
Slow Learner
·
Kecacatan Akal Minimum
·
Autisme
·
ADD/ADHD
·
Celebral Palsy