Cabin Sekolah sedang dalam proses pemasangan. Cabin yang dimaksudkan bukanlah seperti cabin kontena yang selalu dilihat dikawasan projek pembangunan.Cabin sekolah yang bersifat pasang-siap ini akan dijangka siap pada hujung bulan ini.
Proses pemasangan cabin ini telah dilakukan oleh seramai 6 orang pekerja. Reka-bentuk cabin ini dapat dilihat seperti sebuah bangunan biasa tetapi ianya berbeza dari segi pemasangan serta bahan yang digunakan.
Proses pemasangan cabin ini dilakukan dengan memasang tapak serta rangka lantai terlebih dahulu kemudian diikuti bahagian dinding dan seterusnya. Keunikan cabin ini nyata dapat dilihat kerana pemasangan serta plan reka-bentuknya berbentuk seperti puzzle.
Anggaran kos pemasangan cabin ini melibatkan nilaian ratusan ribu ringgit iaitu sebanyak +-RM200.00.00. Projek ini merupakan antara projek terbaru yang telah diluluskan untuk sekolah bagi tahun 2010. Masalah pertambahan murid dan kekurangan kelas menjadikan projek cabin ini sebagai alternatif bagi pihak sekolah.
Sekolah kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam merupakan penerima tunggal projek Cabin sekolah di daerah Sabak Bernam pada tahun 2010. Pihak sekolah merasa bangga serta berterima-kasih atas pertimbangan pihak bertanggungjawab yang telah memilih sekolah ini sebgai antara penerima Cabin yang sungguh unik seperti ini. Pihak pengurusan sekolah juga berharap agar, kedatangan 'kelas' baru sekolah ini dapat mengurangkan maslaah kekurangan penempatan bagi proses PnP serta dapat memberi keselesaan serta persekitaran baru bagi proses pembelajaran khususnya para pelajar Sk Batu38.
Admin akan mengemas-kini segala perkembangan berkaitan Cabin ini di blog rasmi sekolah.Sekian.Terima kasih.

Bahagian Lantai Cabin Yang Siap Dipasang.